KUALA LUMPUR, 29 APRIL: Plus Malaysia Berhad (PLUS) menjalin kolaborasi dengan Astro Radio, Celcom serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) bagi memastikan penyebaran maklumat trafik terkini yang konsisten dapat disampaikan kepada dua juta pengguna lebuh rayanya di antara 29 April hingga 9 Mei bersempena dengan perayaan Aidilfitri.